Cikgu Oh Cikgu !


Bismillahirrahmannirrahim. Assalammualaikum w.b.t . Pada hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang kehidupan sebagai seorang pelajar IPG. Sebenarnya ramai orang yang tidak mengetahui apa itu IPG. 

Kawan A : "Nurai,kau study mana sekarang?"
Saya: "IPG Ipoh je"
Kawan A :"IPG? Apa benda tu ?"
Saya : "+_+"

Kawan B: "Nurai,kau study mana sekarang?"
Saya:"IPG Ipoh je"
Kawan B:"Ohh cikgu kan? Okay lah tu. Jangan sedih.Okay lah tu"
Saya:"T_T"

Amati kedua-dua situasi di atas.
Ada kawan saya yang langsung tidak mengetahui apa itu IPG dan ada yang tahu IPG tu apa dan mereka menanggap IPG ni cuma institusi pengajian tinggi yang sangat tak bagus biasa-biasa sahaja. HAHAHAHAHAHAHA.
IPG ialah Institut Pendidikan Guru . Sila tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang IPG. 

Program yang ditawarkan di IPG ialah PPISMP dan PISMP.
PPISMP ialah Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan manakala PISMP ialah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan . PPISMP ni lebih kurang macam tahap Asasi la kalau kat IPTA/IPTS lain. PISMP pula ialah ijazah atau degree.
Bila anda sudah mengetahui syarat kelayakan untuk masuk IPG ,baru anda boleh menilai bahawa IPG ni satu pilihan yang baik ataupun tidak bagi lepasan SPM seperti saya.

SUBJEK- SUBJEK DI IPG (PPISMP SEM 1 BM)
Opsyen major saya ialah Bahasa Melayu (SJKT) namun saya akan berusaha untuk mendapatkan Bahasa Inggeris sebagai subjek minor saya. Hehehe.
Saya merupakan pelajar PPISMP Semester 1 .
Di bawah merupakan subjek-subjek yang saya perlu 'ace' :




1) GKK1073 (Kecergasan dan Kesihatan Diri)
Subjek ni macam subjek PJK kalau di sekolah-sekolah. Pada semester 1 ini pelajar harus melakukan 2 Ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos untuk UKJK (Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan) yang meliputi tekan tubi,bangkit tubi bervariasi,lompat jauh,jangkauan melunjur,lari ulang alik (bukan bleep test tau!) dan larian 2.4 . Subjek ini tiada peperiksaan. 

2)GEC1033 (English for Communication)
Subjek ini merupakan wajib untuk semua pelajar. Tiada peperiksaan tetapi ada kerja kursus yang perlu dilakukan. Hahaha. This is the only subject that you can ace if you have high of confidence level. 

3)GKB1053 (Kemahiran Berfikir)
Subjek ni sama macam subjek Kemahiran Berfikir yang student MRSM time form 1 ambil. Cuma,lebih mencabar dan menyeronokkan. Saya suka subjek ni sebab kita dapat mengenalpasti gaya belajar pelajar yang betul dan cara untuk belajar serta skor dalam peperiksaan.

4)BMM1014 ( Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu)
Subjek ini merupakan subjek bahasa Melayu (major yang saya ambil). Dalam BMM1014,Pelajar harus belajar tentang sejarah bahasa Melayu. Daripada bahasa Melayu purba sehingga moden ,termasuklah serba sedikit tentang bahasa tersebut. Bahasa Melayu sebenarnya berasal daripada 3 perkataan sahaja iaitu BABI ,BESI, PADI. Lihatlah sekarang bahasa Melayu telah berkembang dengan meluas dan kosa katanya semakin bertambah.

5)BMM1024 (Kebudayaan dan Kesusasteraan Melayu)
Subjek ini merupakan subjek bahasa Melayu. Dalam subjek ini,pelajar banyak belajar tentang kebudayaan Melayu,bahasa Melayu dan masyarakat Malaysia. Subjek ini merupakan subjek yang menyeronokkan kerana kita dapat mengetahui dengan lebih meluas tentang budaya negara kita.

6)BMM1034 (Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu)
Antara banyak-banyak subjek bahasa Melayu,inilah subjek yang paling saya suka sebab pelajar harus belajar bagaimana untuk mengajar subjek Bahasa Melayu. Ada juga tatabahasa,morfologi dan kompenen-kompenen dalam bahasa Melayu yang lain.

7)GSB1012 (Kesantunan Masyarakat Malaysia)
Subjek ini menyerupai subjek Sivik dan Kewarganergaraan di zaman persekolahan dahulu. 

8)GCI1022 (Isu-isu Semasa Pendidikan)
Dalam subjek ini pelajar belajar tentang isu-isu semasa dunia . Subjek ini akan berakhir pada semester ini juga.

Doakan saya supaya dapat menguasai kesemua subjek tersebut. Sekian,terima kasih :D


3 ulasan:

  1. Nak tanya sikit..kalau ppismp sem 2..apa subjek dia eh..

    BalasPadam
  2. hai sis.. nak tanye pilihan minor yg ada ipgipoh bagi klau major i bm ? ada bagi sains sbg pilihan?

    BalasPadam