UKCG untuk PPISMP Ambilan Jun 2015

Bismillahhirrahmannirrahim.
Alhamdulillah, saya berkesempatan lagi berkongsi pengalaman saya semasa menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temuduga IPG untuk PPISMP Ambilan Jun.
Pada mulanya, saya langsung tidak mengetahui apa itu Institut Pendidikan Guru(IPG). Namun ada seorang sahabat lama saya yang mengajak saya untuk membuat permohonan ke IPG , Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PPISMP) ambilan Jun 2015. Saya membuat permohonan tersebut pada 5 hari terakhir sebelum tarikh tutup permohonan. Pilihan opsyen saya yang pertama ialah Bahasa Inggeris dan pilihan kedua saya Bahasa Melayu.

Alhamdulillah. Saya telah dipanggil untuk membuat Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur. IPGKBA ini berhampiran dengan IPG Kampus Bahasa Melayu dan Universiti Malaya. IPG ini boleh dicapai dengan menaiki LRT sehingga stesyen Universiti dan kemudian harus berjalan kaki sedikit. UKCG terbahagi kepada dua iaitu ujian bertulis dan ujian kecergasan fizikal. Setelah saya sampai di IPGKBA, saya ditempatkan di dalam satu bilik kuliah untuk menjawab ujian bertulis yang terbahagi kepada ujian INSAK dan ujian personaliti. Masa yang diberikan hanya 1 jam (Kalau tak salah saya). Jangan risau, dalam ujian bertulis ini, tiada soalan KBAT seperti dalam SPM :P Kemudian, ujian kecergasan fizikal. Ujian ini terbahagi kepada 5 aktiviti :

1) Komposisi tubuh badan
Dalam aktiviti ini, anda dikehendaki untuk menimbang berat dan mengukur tinggi anda. BMI anda juga akan diambil kira. Semakin tinggi BMI anda semakin rendahlah markah anda.

2) Kilas sisi
Kilas sisi ialah aktiviti yang memerlukan anda membengkokkan badan untuk menyentuh lantai dan bila anda bangun semula, anda akan menyentuh dinding di belakang anda.

3) Bangkit tubi
(sit up) bervariasi (jangan risau,aktiviti ini tidak mengira berapa banyak sit up yang boleh kita lakukan, cuma mengira sampai tahap mana kita boleh lakukan.

4) Lompat kuadran
Anda dikehendaki lompat di empat kotak yang berbeza mengikut masa yang telah ditentukan. Jika anda tak mampu lakukan, tunjukkan bahawa anda gigih untuk membuat yang terbaik.

5) Bleep test (Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bleep test )
Penatnya bleep test. Penat? Ya, sangat penat. Saya bukanlah seorang yang sangat aktif dalam bersukan dan stamina saya tidaklah tinggi. Namun begitu, saya tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik dan saya dapat tahap 4 sahaja. Sedangkan tahap lulus untuk perempuan ialah  tahap 5.


Jadi, begitulah berakhirnya UKCG saya di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

Saya tidak yakin saya akan ke tahap seterusnya iaitu temuduga, kerana saya lihat ramai lagi individu yang lebih baik dan cemerlang daripada saya :)





6 ulasan: