Temuduga Kemasukan Institut Pendidikan Guru (IPG) 2015


Bismilllahirrahmannirrahim.

Assalammualaikum! Lama dah saya tak update blog. Macam-macam berlaku sejak akhir-akhir ini. Oleh sebab itu, saya selalu bertangguh untuk mengemaskini blog ini. Hihi. Okay. Pada kali ini saya ingin menceritakan pengalaman saya untuk temuduga kemasukan IPG 2015. Jadi ini merupakan fasa kedua yang perlu ditempuh oleh semua calon guru selepas UKCG. Temuduga saya adalah pada 27 April 2015 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Sebenarnya, lokasi UKCG dan temuduga boleh dipilih oleh calon guru itu sendiri. Hehe. Kalau ada rezeki,dapatlah yang berhampiran dengan tempat tinggal kalian. Okay, pada tawaran temuduga itu tercatat bilik berapa dan sesi ke berapa saya akan ditemuduga. Saya merupakan salah satu calon yang ditempatkan pada sesi empat. Pada pagi itu, saya bertolak ke IPGKBM dan saya sampai lewat! Saya terus panik dan bertanya kepada ibu bapa yang ada di sana ke mana saya harus pergi dan saya berjaya mengesan mereka. Saya memakai baju kurung biasa( yang selalu saya pakai untuk pergi prep ketika di MRSM Felda T-T) berserta tudung bawal. Apa yang saya lihat ketika itu, semua orang bergaya dengan sangat 'vogue'. Saya sahaja yang memakai seperti budak kampung . Aha! Lupa nak cerita, saya punya opsyen yang ditawarkan ketika temuduga ini ialah Bahasa Melayu (SK). Kemudian, kami dikumpulkan dalam satu bilik dan diberi taklimat. Rupa-rupanya, sesi empat ialah pada jam 4 petang. Jadi saya mengambil tindakan untuk pulang ke rumah. Lebih kurang jam 3, saya datang semula dan saya lihat orang sudah berkurangan. Jadi saya panik sekali lagi. "Allah berkata 'jadilah' maka 'jadilah'".

Memang rezeki saya dalam bidang perguruan :) Tiba-tiba ada orang tanya saya, "Awak dah masuk interview ke?". Saya cakaplah belum. Kemudian, kami naik ke bilik yang sepatutnya kami pergi temuduga dan saya lihat di luar bilik A (bilik temuduga saya) ramai sudah berkumpul. Saya memberi salam kepada seseorang yang saya kira penemuduga dan beliau berkata " Saya ingat Nuraisyafyqa ni tak mahu masuk IPG". Saya rasa nak menangis dah ketika itu. Saya meminta maaf berulang kali kepada penemuduga kerana lewat sedangkan jam baru 3:30 petang. Rupa-rupanya mereka mengawalkan sesi temuduga. Nasib baik saya tergerak hati hendak datang awal sedikit. Baiklah, apa yang terjadi dalam bilik temuduga? Hahahaha.

Inilah temuduga paling hancur yang pernah saya lalui kerana ini temuduga berkumpulan. Penemuduga terdiri daripada dua orang, seorang ialah pensyarah opsyen dan seorang dari IPGM. Dalam bilik saya ada 7 calon guru. Mereka semua sangat berkarisma bagi saya.  Pada sesi pertama, penemuduga menayangkan video tentang Inovasi dan mereka menyuruh kami semua membincangkan video tersebut. Mereka berebut-rebut ingin bercakap dan memberi pendapat hingga saya dan beberapa orang tidak berpeluang untuk bercakap jadi inilah kelemahan temuduga berkumpulan. Tetapi saya ada juga bercakap walaupun sedikit dan saya membuka ruang untuk beberapa orang lagi yang disisihkan untuk bercakap. Kemudian kami diuji dengan soalan bahasa Melayu. Apakah maksud perkataan 'rewang' dan 'merewang'? Alhamdulillah. Semua orang terdiam dan saya menjawab soalan ini  Akhir sekali sebelum keluar, saya dikritik oleh penemuduga. Mereka meyatakan bahawa gaya pemakaian saya mirip kepada gaya guru zaman 90-an. Hati saya sangat hancur umpama kaca terhempas ke batu. Namun, saya cuma tersenyum kelat dan berkata bahawa saya akan memperbaiki gaya saya pada masa hadapan.

Selepas tamat temuduga, saya menangis semahu-mahunya dan saya langsung tak berharap kepada IPG. Saya langsung tak mengambil walau satu gambar pun kerana saya terlalu kecewa. Sejujurnya, saya suka IPGKBM sebab cantik! Tapi dah kecewa sangat kan? Hehe. Selepas temuduga itu,saya membuat persediaan untuk ke Unisza dan saya langsung lupa tentang IPG. Beberapa minggu kemudian, ketika saya sedang membuat pemeriksaan kesihatan untuk masuk ke Universiti Sultan Zainal Abidin ( Unisza ) di Klinik Kesihatan Putrajaya, ada seorang sahabat saya bertanyakan samada saya dapat IPG atau tidak. Saya terus membuka pelayar dan memeriksa nama saya dan kad pengenalan saya tanpa rasa berdebar kerana saya telah tawar hati.

Saya sangka saya tak dapat tapi sangkaan saya meleset! Saya dapat. Saya ditempatkan di IPG Kampus Ipoh dengan opsyen bahasa Melayu (SJKT). Alhamdulillah. Namun saya masih ragu-ragu. Setelah mendapat nasihat keluarga dan orang yang berpengalaman, saya akhirnya melupakan hasrat untuk menjadi guru bahasa Inggeris dan meneruskan perjuangan untuk menjadi guru bahasa Melayu. Saya yakin ini rezeki dan jalan yang Allah sudah tetapkan untuk saya. Semoga coretan ini memberi manfaat kepada kalian yang ingin memasuki IPG. Semoga berjaya! Dan doakan saya dapat menjadi guru yang cemerlang. Amiin :)









8 ulasan:

  1. Alhamdulillah, kagum saya melihat kesungguhan cikgu aisya dalam mengharungi cabaran dan rintangan.

    Saya doakan cikgu aisya menjadi cikgu yang ohsemmmm dan bertaqwa :)

    Chaiiiyoook!

    - Calon IPG 2015 yang Gagal -

    BalasPadam
  2. Tahniah Kak Nurai sayang! 💕💕💕💕

    BalasPadam
  3. Tahniah Kak Nurai sayang! 💕💕💕💕

    BalasPadam
  4. Kak, saya dapat temuduga dkt ipg sama macam akak,subjek bm jgak . 10 mei ni , doakan ea:)

    BalasPadam